Cara penggunaan DiGi Friend Finder (FF Cari / FF Find)

Cara penggunaan DiGi Friend Finder (FF Cari / FF Find)

Khuatir tentang keberadaan orang tersayang? Ingin mengetahui lokasi terkini teman mahupun ahli keluarga terutama anak-anak?

Kini, dengan DiGi FRIEND FINDER, mencari, mengesan atau menjejaki lokasi semasa mereka menjadi semakin mudah!

Aplikasi ini sedia membantu anda dalam memastikan keselamatan dan keberadaan mereka yang anda sayangi.


Sila ikuti langkah-langkah berikut dibawah:

1) Hantar SMS “FF CARI <Nombor Telefon Bimbit>” ke kod pendek 20000

Contoh: FF CARI 0121234567

Digi_FF_Cari_20000

Selepas berjaya menghantar SMS, anda akan menerima kandungan SMS berikut

        RM0.00:Friend Finder: Permintaan utk cari lokasi rakan tlh dihntr ke ******4567. Stlh pengesahan diterima. anda boleh htr FF CARI ******4567 ke 20000


Seterusnya, rakan anda pula akan menerima SMS seperti yang tertera:

     RM0.00:Friend Finder: Rakan anda ******7889 ingin mengetahui lokasi anda. Untuk memberi kebenaran, sila hantar FF OK ke 20000

2) Rakan atau orang tersayang hanya perlu membalas SMS untuk memberikan kebenaran seperti di bawah:

Hantar SMS “FF OK” ke 20000
        
Contoh: FF OK


3) Kemudian anda akan menerima SMS kepastian manakala rakan anda atau orang tersayang akan menerima SMS kebenaran.

    RM0.00:Friend Finder: Rakan anda ******4567 telah memberi kebenaran untuk mencari lokasinya, sila hantar FF CARI ******4567 ke 20000

Seterusnya anda akan menerima SMS tentang keberadaan terkini mereka

    RM0.30:Friend Finder: Lokasi ******4567 berdekatan KLCC Convention Center, WP KUALA LUMPUR  @ 18:19


Selesai! Sekarang anda boleh mencari lokasi orang yang tersayang dengan mengulangi Langkah 1 untuk mendapatkan lokasi terkini mereka.


admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *