Nak tahu lokasi keluarga, rakan ataupun lokasi anak-anak yang terkini?
Guna aplikasi ini kalau nak dapatkan lokasi semasa mereka! Hujung jari pakai SMS, senang je!
Korang ikut langkah-langkah yang tertera kat bawah ni:
1) Hantar SMS “CARI <Nombor Telefon Bimbit>” ke kod pendek 22001
Contoh: CARI 0121234567
Selepas berjaya menghantar SMS, anda akan menerima kandungan SMS seperti dibawah:
RM0.00:FF: Permintaan utk kebenaran dihantar ke ****234567. Setelah beliau OK, cari lokasi beliau dgn menghantar CARI ****234567 ke 22001
2) Pada masa yang sama, rakan anda akan menerima SMS seperti yang tertera dibawah:
RM0.00 FF: ****677889 meminta kebenaran utk mengetahui lokasi anda. Utk memberi kebenaran, hantar OK ****677889 ke 22001
Rakan anda perlu memberi kebenaran terlebih dahulu dengan menjawab (reply) SMS tersebut.
Hantar SMS “OK <Nombor Telefon Bimbit Anda> ke 22001.
Contoh: OK 0166677889
3) Kemudian anda akan menerima SMS kepastian manakala rakan anda akan menerima SMS kebenaran dibawah:
RM0.00 FF: ****234567 telah memberi kebenaran utk mencari lokasi beliau. Hantar CARI ****234567 ke 22001
Seterusnya anda akan menerima SMS tentang keberadaan orang tersayang seperti yang berikut:
RM0.30 FF: Lokasi ****234567 berhampiran KLCC Convention Center, WP KUALA LUMPUR @ 18:19.
Siap! Sekarang korang dah boleh mula cari lokasi orang tersayang. Ulang je langkah pertama, terus dapat lokasi terkini.
Leave a Reply