1. Apakah servis Friend Finder?
- Servis Friend Finder adalah untuk mengesan lokasi keluarga mahupun rakan-rakan.
2. Adakah saya perlu mendaftar disaluran yang lain untuk mengaktifkan servis ini?
- Tidak. Anda hanya perlu mendaftar memalui rangkaian pesanan ringkas (SMS) sahaja.
3. Berapakah bayaran yang akan dikenakan untuk menggunakan servis Friend Finder?
- Setiap carian yang berjaya akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.30.
4. Siapa yang boleh dicari dengan menggunakan servis ini?
- Anda boleh mencari kenalan anda dari Maxis dan Digi yang telah memberi kebenaran untuk berkongsi lokasi mereka dengan anda.
5. Apakah maksud ‘Error E121’ yang diterima di rangkaian pesanan ringkas (SMS)?
- “Error E121” merujuk kepada lokasi yang kini belum tersedia dalam sistem.
6. Apakah maksud ‘Error E0510’ yang diterima di rangkaian pesanan ringkas (SMS)?
- “Error E0510” merujuk bahawa peranti orang yang anda mahu mengesan kini tidak aktif / tidak memberikan respons selama lebih daripada 5 minit
7. Apakah maksud ‘Error E023’ yang diterima di rangkaian pesanan ringkas (SMS)?
- “Error E023” merujuk kepada tamat masa (timeout), yang biasanya berlaku apabila tiada lokasi diberikan oleh Maxis/DiGi dalam tempoh yang ditetapkan.
Leave a Reply